Wednesday, December 31, 2014

10 Jutawan Terkaya Di Dunia 2014

10 jutawan terkaya di dunia 2014


Majalah Forbes telah mengeluarkan senarai terbaru 10 Jutawan Terkaya Di Dunia tahun 2014. Bill Gates kembali merampas kedudukan daripada Carlos Slim yang telah menduduki senarai tangga teratas selama 4 tahun. Dengan kekayaan bernilai $76 Billion, Bil gates muncul sebagai jutawan terkaya didunia untuk kali ke 15 dalam masa 20 tahun. 

Jutawan Sepanyol, Amancio Ortega, yang terkenal dengan rantaian fesyen Zara mengekalkan kedudukan tempat No 3 untuk tahun kedua berturut-turut, mendahului Warren Buffett, yang kekal pada kedudukan No 4.

3 jutawan baru


Tiga jutawan baru memasuki senarai 10 jutawan terkaya di dunia. Sheldon Adelson ($38 Billion), Christy Walton ($37 Billion) dan Jim Walton ($35 Billion). 


Mark Zuckerberg

Peningkatan Pendapatan Jutawan Paling Tinggi 2014

Mark Zuckerberg yang memasuki senarai 140 jutawan terkaya di dunia merupakan jutawan yang memperolehi kenaikan dalam pendapatan paling tinggi dengan nilai harta berjumlah $28.5 Billion berbanding  $15.2 Billion tahun 2013. Kenaikan dalam jumlah pendapatan ini disumbangkan oleh kenaikan dalam nilai saham facebook. Secara keseluruhan, beliau telah berjaya mengalahkan 139 yang lain termasuk Bill gates.


P/s:  Bertuah jadi dia orang ya. Apa-apa pun bersyukur dengan anugerah rezeki yang Allah kurniakan.

Lapan orang maut ditembak

Tujuh daripada mereka yang terbunuh adalah tiga wanita, dua lelaki dan dua kanak-kanak.


MONTREAL, 31 Disember:

Seorang lelaki tembak dan membunuh lapan orang termasuk dua kanak-kanak, sebelum membunuh diri, kata polis Kanada, lapor AFP.
Kejadian itu berlaku di tiga lokasi yang berbeza di Edmonton, wilayah barat Alberta.

Tujuh daripada mereka yang terbunuh adalah tiga wanita, dua lelaki dan dua kanak-kanak.
Kesemua mereka ditemui di rumah yang sama, kata Ketua Polis, Edmonton Rod Knecht.
Mangsa kelapan adalah seorang wanita.

PFAM gesa PFA segera bayar gaji tertunggak pemain

PFAM berkata seramai 12 pemain Perlis telah membuat aduan tidak bersetuju tindakan PFA yang mahu membayar tunggakan gaji bagi bulan Jun 2014 sahaja.


PETALING JAYA, 30 Disember : 

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menggesa Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) segera menyelesaikan kemelut pembayaran gaji pemain skuad ‘Singa Utara’ yang tertunggak lima bulan sejak Jun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan membawa perkara tersebut ke mahkamah ataupun mendapat perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Pemain Sedunia (FIFPro) sekiranya tiada usaha untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya seramai 12 pemain Perlis telah membuat aduan tidak bersetuju tindakan PFA yang mahu membayar tunggakan gaji bagi bulan Jun 2014 sahaja dan tidak akan membayar gaji pemain dari bulan Julai sehingga November.
“PFAM merasakan perkara ini adalah tidak adil dan PFA telah mengingkari kontrak pemain yang telah dipersetujui bersama.

“Seramai 12 pemain yang membuat tuntutan tersebut tidak bersetuju dengan terma yang dibuat PFA dalam satu perjumpaan yang di hadiri oleh Timbalan Presiden PFA pada 11 Sept lepas,” katanya dalam sidang media di sebuah kafe di Setiawalk Mall, Puchong hari ini.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Presiden PFAM, Hairuddin Omar dan ketua pasukan Perlis Mohd Khairi Zainuddin serta beberapa pemain. Izham berkata pihaknya turut bertindak membawa kes tersebut kepada perhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi penyerahan afidavit bertarikh 12 November lepas.

Pihaknya juga dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Status FAM sedang meneliti tuntutan tersebut dan sehingga kini PFAM masih menunggu respons daripada badan induk sukan bola sepak itu.

Sementara itu Mohd Khairi berkata kebanyakkan pemain Perlis yang terlibat turut membuat keputusan bersara awal dalam arena bola sepak berikutan bosan dengan masalah pembayaran gaji tersebut.

Beliau berkata PFA sepatutnya tidak mempunyai masalah dalam pembayaran gaji kerana Perlis merupakan pasukan yang menerima tawaran gaji terendah iaitu  antara RM3,000 sehingga RM7,000 berbanding pasukan lain.

“Saya berasa sungguh terkilan apabila karier saya berakhir dengan masalah seperti ini. Kami (pemain) telah banyak berkompromi dengan PFA tetapi mereka masih terus berdiam diri.

“Ada di kalangan pemain yang bukan berasal daripada Perlis terpaksa balik ke kampung halaman masing-masing dan mengalami masalah kewangan serius. Kami mempunyai keluarga yang perlu ditanggung, saya harap pihak PFA faham masalah ini,” kata Mohd Khairi.

Ahmad Maslan ulangi amaran turunkan harga barang

Ahmad memberi amaran kepada peniaga supaya menurunkan harga barangan, jika harga minyak RON95 dan diesel turun pada bulan depan.



KUALA LUMPUR, 30 Disember:

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi memberi peringatan kepada peniaga untuk menurunkan harga barangan, berikutan penurunan harga minyak RON95 dan diesel, bermula awal tahun depan.
Menurutnya, harga minyak RON95 dijangka turun kepada RM1.90 hingga RM1.95 seliter, menjelang 1 Januari 2015 dan penurunan harga itu turut membabitkan diesel.

“Dijangka harga RON95 dan diesel antara RM1.90 hingga RM1.95 seliter, mulai 1/1/2015.
“Pengumuman akan dibuat KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan). Harap peniaga-peniaga akan turunkan harga barang!!” kata Ahmad melalui akaun Twitternya, @ahmadmaslan.

Harga minyak RON95 ketika ini ialah RM2.26 seliter, manakala RON97 pula RM0.20 lebih tinggi, iaitu RM2.46 seliter.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal, mulai 1 Disember lalu dan kaedah itu menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang diguna pakai kerajaan sejak 1983, bagi penetapan harga runcit bahan api negara.

Secara umumnya, perubahan kos produk petroleum yang dipengaruhi kadar pertukaran mata wang dan harga minyak mentah dunia akan mempengaruhi kaedah Pengapungan Terkawal, menyebabkan harga runcit petrol dan diesel berubah.

Melalui formula APM, subsidi dan cukai adalah dua pemboleh ubah yang mempengaruhi penetapan harga runcit RON95 dan diesel.

Tuesday, December 30, 2014

Liverpool benam Swansea 4-1

Lallana hanya menjaringkan dua gol musim ini sejak menyertai Liverpool dari Southampton

LIVERPOOL, 30 Disember:
Adam Lallana menyumbat dua gol membantu Liverpool menewaskan Swansea 4-1, awal pagi tadi, lapor AFP.

Kemenangan ini di Anfield adalah yang terbesar dalam Liga Perdana Inggeris, musim ini untuk pasukan Brendan Rodgers.

Selepas Alberto Moreno membuka tirai jaringan pada minit ke-33, Lallana menyumbat kedua-dua golnya pada minit ke-51 dan 61.

Jonjo Shelvey pula menanduk masuk gol sendiri pada minit ke-69 untuk memberikan tuan rumah itu empat gol dalam satu perlawanan buat pertama kali, musim ini.

Kemenangan ini menyaksikan Liverpool melonjak dan memintas Swansea pada kedudukan tempat kelapan dengan 28 mata.

Lallana bergandingan dengan Raheem Sterling dan Philippe Coutinho di hadapan barisan serangan.

“Ini adalah apa yang kami mencari sepanjang musim ini,” kata Rodgers.



Warga emas sendirian di hutan dikelilingi ‘hutan batu’

Tersentuh dengan keadaan pak cik Muhammad yang sangat daif, beberapa anggota polis terus membelikan makanan untuknya.


KUALA LUMPUR, 30 Disember: 

Sekumpulan anggota polis yang ‘berniat’ menyerbu sebuah pondok buruk di hutan kecil berhampiran Damaisari, Wangsa Melawati, bertukar simpati apabila mendapati ia sebenarnya dihuni oleh seorang warga tua.
Dengan hanya bersarung kain pelikat, lelaki tua yang dikenali sebagai Muhammad Dris, 74, hanya mampu mengerekot di atas pangkin kayu sambil menahan lapar.

“Kami semua terperanjat melihat pakcik tua ini terbaring keseorangan menahan lapar,” kata Timbalan Ketua Balai, Sarjan Jasman Aris ketika dihubungi The Rakyat Post.
Jasman berkata, mereka masuk ke hutan kecil itu dengan niat mahu menyerbu pondok buruk yang mungkin dijadikan sarang maksiat, tapi sangkaan kami meleset sama sekali.
“Tak sangka ada lagi orang yang terlalu daif sehingga terpaksa tinggal dalam keadaan serba daif di pondok buruk di dalam hutan,” katanya.

Tersentuh dengan keadaan pak cik Muhammad, beberapa anggota polis terus membelikan makanan untuknya.
“Dia menangis apabila melihat jumlah makanan yang dibelikan. Apabila melihat airmatanya jatuh, kami juga jadi sedih.
Menurut Jasman lagi, pak cik Muhammad tinggal di pondok buruk itu sejak 30 tahun lalu, ketika kawasan itu masih lagi sebuah estet getah.
“Dia tinggal sebatang kara dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Katanya, dia hanya makan roti hasil sumbangan mereka yang tahu dia tinggal di situ,” katanya.

Anggota polis dari Balai Polis Wangsa Maju terus mengambil inisiatif memaklumkan keadaan pakcik Muhammad kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan usaha untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa sedang dijalankan
Menurut posting terbaru Facebook Balai Polis Wangsa Maju, Baitulmal MAIWP akan menanggung kos pembinaan rumah pak cik berkenaan setelah dipersetujui beliau untuk dipindahkan.

“Penduduk setempat akan mencari rumah dan kos ditanggung oleh pihak Baitulmal. Terima kasih Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan masyarakat setempat yang prihatin.
“Sokongan dan doa masyarakat yang prihatin dapat mengubah nasib pakcik tua ini di hujung usianya,” memetik laman sosial Facebook Balai Polis Wangsa Maju.




Jasad pertama ditemui

Jakarta: Badan SAR Nasional (BASARNAS) menemui satu mayat di Selat Karimata. Proses pemindahan menggunakan heli Super Puma sedang berlangsung.
Dari tayangan tvOne, mayat ditemui terumbang-ambing di Selat Karimata, sekitar jam 3.40 petang tadi, tidak jauh dari penemuan serpihan bahagian pesawat.
Mayat itu dikenalpasti berpakaian hitam.
Kerja menyelamat dilakukan seorang kakitangan BASARNAS yang turun menggunakan seutas tali. Usaha menyelamat sukar berikutan angin kuat. - DetikNews



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...