Tuesday, December 30, 2014

Liverpool benam Swansea 4-1

Lallana hanya menjaringkan dua gol musim ini sejak menyertai Liverpool dari Southampton

LIVERPOOL, 30 Disember:
Adam Lallana menyumbat dua gol membantu Liverpool menewaskan Swansea 4-1, awal pagi tadi, lapor AFP.

Kemenangan ini di Anfield adalah yang terbesar dalam Liga Perdana Inggeris, musim ini untuk pasukan Brendan Rodgers.

Selepas Alberto Moreno membuka tirai jaringan pada minit ke-33, Lallana menyumbat kedua-dua golnya pada minit ke-51 dan 61.

Jonjo Shelvey pula menanduk masuk gol sendiri pada minit ke-69 untuk memberikan tuan rumah itu empat gol dalam satu perlawanan buat pertama kali, musim ini.

Kemenangan ini menyaksikan Liverpool melonjak dan memintas Swansea pada kedudukan tempat kelapan dengan 28 mata.

Lallana bergandingan dengan Raheem Sterling dan Philippe Coutinho di hadapan barisan serangan.

“Ini adalah apa yang kami mencari sepanjang musim ini,” kata Rodgers.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...